BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 25, 2009

...Apa itu zina? apakah impak zina ini terhadap masyarakat?...

Zina merupakan satu jenayah dalam islam yang perlu di hindari. zina membawa maksud persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilakukan secara sengaja tanpa adanya ikatan perkahwinan yang sah. memandangkan perbuatan zina ini membawa kesan yang amat negatif kepada individu masyarakat maka islam telah bertindak mengharamkan perbuatan tersebut. tidak cukup dengan sekadar pengharaman sahaja bahkan islam mengenakan hukuman berat terhadap si pelakunya.
antara bahaya zina yang memberikan impak negatif kepada individu dan juga anggota masyarakat ialah:

1.Mengancam sistem kekeluargaan- pengalaman zina akan menyebabkan masyarakat kurang minat untuk mendirikan rumah tangga kerana ianya berasaskan tanggungjawab dan hak. rumahtangga yang di bina di tengah-tengah masyarakat yang mengamalkan penzinaan
akan di penuhi prasangka dan permusuhan

2. seterusnya aktiviti tidak bermoral itu pasti tidak dapat menjadi tempat yang subur bagi pendidikan anak-anak. segala bentuk prasangka akan timbul dan menjadi bahan fitnah yang merosakkan dalam kehidupan sesebuah masyarakat

3. Menurunnya kadar kelahiran- telah menjadi naluri kemanusiaan untuk tidak mempunyai anak-anak daripada hubungan yang tidak sah. orang yang mengamalkan zina juga berperasaan demikian, mereka akan sentiasa mencari jalan bagi menyekat kelahiran daripada hasil zina yang dilakukannya.
mereka akan menggugurkan anak yang terhasil daripada perbuatan terkutuk itu. tidak hairanlah sesetengah mereka sanggup melakukan sesuatu yang lebih kejam dari itu sama ada membuang atau membunuh anak haram yang tidak berdosa itu.
Selain itu penurunan kadar kelahiran bayi akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi negara. oleh itu pernah berlaku krisis kekurangan sumber manusia di eropah membuatkan negara-negara tersebut menggalakkan kelahiran rakyat mereka dengan apa juga teknik dan cara yang terbaik yang di kaji mereka.

4. Perbuatan zina takkan habis di situ sahaja- biasanya perbuatan itu akan mendorong kepadamkejahatan lain seperti pertikaian , perbalahan, perebutan, permusuhan dendam dan akhirnya membawa kepada pembunuhan.
Perkara ini berlaku kerana tiadanya ikatan perkahwinan yang sah lantas dengan mudah pasangan yang tidak bertanggungjawab akan meninggalkan pasangan mereka bersama bayi yang dilahirkan sendirian. pengabaian tanggungjawab ini menjadikan hak penjagaan anak turut terabai, anak tersebut akan dibesarkan dalam suasana yang tidak sempurna dan menyimpan perasaan malu,marah dan menjadi seseorang yang amat pendendam.sikap yang sedemikian akan menimbulkan lebih banyak kemelut dalam masyarakat dan mapu melenyapkan keharmonian dan kesejahteraan yang dibina sejak masa lalu.

0 comments: