BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 26, 2009

...Bagaimana zina ini terjadi? apakah faktor yang boleh mendorong seseorang itu tanpa segan silu melakukan zina ini??...

Zina ini terjadi dengan di sebabkan beberapa faktor yang menyebabkan perbuatan zina ini berlaku, antaranya ialah:

1. kurangnya didikan agama-salah satu faktor terjadinya zina ini ialah kekurangan didikan agama. asas agama yang sepatutnya bermula dari rumah kurang kukuh untuk membendung seseorang itu melakukan perbuatan terkutuk itu. perkara yang boleh mencegah perbuatan ini dari terjadi ialah dengan dirikan solat..sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara yang buruk.

2. Teknologi terkini- banyak alat-alat teknologi yang canggih-manggih seperti komputer riba, telefon bimbit dapat menayangkan video lucah.. sumber internet juga tidak henti-henti menyalurkan pelbagai video untuk membuatkan manusia ini ghairah. banyak laman web di internet menawarkan khidmat sex melalui pelbagai cara antaranya melalui sms di telefon bimbit, persidangan video atau istilahnya panggilan 3g.

3. Kurang Pemantauan dari ibu dan bapa-kebanyakan ibu dan bapa sekarang lebih suka pentingkan kerjaya dari anak-anak mereka. kurang pemerhatian dari ibu bapa juga boleh mendorong seseorang itu melakukan zina.contohnya ibu dan bapa sering pulang lewat dan ini memberi peluang kepada si anak ini untuk membawa pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencegah perbuatan ini. sentiasa ambil berat dan tegas dari segi perhubungan antara lelaki dan perempuan ini.

Kesimpulannya zina ini boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada masyarakat. untuk mencegahnya kita sebagai saudara sesama islam hendaklah senantiasa menegur perbuatan saudara kita yang salah. jangan tegur pakai hati sahaja kalau boleh tegur pakai mulut. kebanyakan orang kita ni tengok orang buat maksiat apa yang mampu di buatnya dengan menyebut 'ish-ish apalah nak jadi ngan dorang ni" kemudian beredar dari pasangan yang buat maksiat itu. oleh itu kita sebagai umat islam akhir zaman in hendaklah sentiasa tegur menegur. dengan melakukan cara itu dapatlah kita menghindari perbuatan zina ini.. wassalam.

0 comments: