BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

...DALAM ISU ZINA, LIWAT, HUKUMAN DIJATUHKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENUDUH ATAU YANG MENERIMA TUDUHAN?...

Golongan yang menerima tuduhan zina, liwat atau seperti dengannya tidak perlu dibicarakan..dan sebaliknya, golongan yang menuduh itulah yang perlu dibicarakan..

Hal ini telah dijelaskan oleh seorang Ulama' terkenal, Prof. Dr. Yusuf Qardawi..

Kata beliau..Golongan yang menuduh itu perlu dibicarakan kerana dia atau mereka telah melemparkan tuduhan "qazaf" iaitu melemparkan tuduhan zina..Oleh itu, dia atau mereka ini (golongan yang menuduh) WAJIB mengemukakan bukti-bukti yang kukuh..

Kata beliau lagi..mengikut kaedah Syariah, golongan yang menuduh ini WAJIB mengemukan bukti bagi setiap tuduhannya...dan golongan yang menerima tuduhan ini WAJIB melafazkan sumpah..namun dalam kes seperti ini, golongan yang menerima tuduhan tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada fitrahnya, setiap manusia itu adalah bersih daripada setiap tuduhan atau fitnah..

Kata beliau lagi..golongan yang menuduh tanpa bukti adalah golongan yang telah melakukan satu JENAYAH KEJI...Di dalam Al-Quran, telah dinyatakan TIGA HUKUMAN akan dilakukan terhadap jenayah ini..

PERTAMA : hukuman fizikal iaitu 80 sebatan..sebatan yang dapat menyakitkan tubuh badan GOLONGAN YANG MENUDUH sebagai balasan terhadap perbuatannya yang menyakiti peribadi orang yang baik dan memusnahkan kehidupan orang tersebut serta anggota keluarganya..istilah "orang" tersebut merujuk pada GOLONGAN YANG MENERIMA TUDUHAN...

KEDUA : hukuman moral dan sosial iaitu dengan mengugurkan segala pertimbangan moral dan sosial bagi GOLONGAN YANG MENUDUH..Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai..

KETIGA : hukuman agama iaitu menggelarkan GOLONGAN YANG MENUDUH ini sebagai GOLONGAN YANG FASIK dan memasukkannya ke dalam GOLONGAN "FASIQUN"...

maka..beringatlah kita semua dalam hal tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ini...sesungguhnya ia boleh menjauhkan diri dari keredhaan Allah dan seterusnya akan mendapat kemurkaan Allah, nauzubillah..astaghfirullah..

0 comments: