BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

...Selamatkanla Negara Daripada Bahaya...

“Dan Janganlah Kamu Menghampiri Zina, Sesungguhnya Zina Itu Adalah Suatu Perbuatan Yang Keji, Dan Suatu Jalan Yang Buruk"
(Mafhum Surah Al lsra':32)

"Umatku Sentiasa Berada Dalam Kebaikan Selama Mana Perbuatan Zina Tidak Merata Di Antara Mereka. Apabila Perzinaan Telah Bermaharajalela, Maka Akan Meratalah Seksaan Allah Menimpa
Mereka."
(Mafhum Hadith Riwayat Ahmad)


Beberapa Fakta Berkaitan Dengan Jenayah Zina

-70,430 anak luar nikah telah didaftarkan bagi tempoh lima tahun (1999-¬2003) di mana anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

-48 janin dan 532 bayi yang baru dilahirkan dibuang dan dijumpai bagi tempoh enam tahun (2000-2006)
Sumber: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

-13,734 kes pengidap HIV dan 2269 pesakit AIDS telah direkodkan bagi tempoh dua tahun (2002-2003). Menjelang 2010, jumlah kematian disebabkan HIV / AIDS akan mencapai 6,000 orang setahun.
Sumber: KKM

-19 orang dijangkiti Aids setiap hari, sementara 3 daripadanya mati setiap hari.
Sumber: Jabatan Perubatan Malaysia


Kajian Pakar Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja, UKM (sebagaimana yang dilaporkan akhbar baru-baru ini) yang mendapati 886 daripada 887 orang 'pelajar bermasalah' yang dikaji, mengaku pernah melakukan zina adalah sesuatu yang mengejutkan. Walaupun dipandang sepi dan dipertikaikan, terutamanya oleh pimpinan negara, kajian berkenaan dan fakta-fakta berkaitan yang pernah didedahkan sebelumnya, cukup untuk menggambarkan betapa parahnya masalah sosial (khususnya perzinaan) di negara kita pada hari ini. Dalam keadaan yang seperti ini, kita hendaklah kembali menyedari betapa zina yang diharamkan Allah itu, tidak terhenti setakat menjadi dosa besar kepada pasangan yang melakukannya sahaja, tetapi keburukannya akan terpalit sama kepada insan-insan lain yang tidak berdosa, malah yang membimbangkan ia akan mengundang siksaan segera dan merata daripada Allah. Di atas kesedaran itulah, marilah kita selamatkan ummah dan negara daripada 'bahaya' yang bakal menimpa, dengan kembali menjadikan Islam sebagai panduan dalam pencegahan dan hukuman zina terkutuk itu.

0 comments: