BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

...Zina dari pelbagai aspek...

Perbuatan zina ini sebenarnya bukan sahaja, persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah, akan tetapi islam membahagikan perbuatan zina bukan terhad terhadap perbuatan sahaja tapi setiap anggota badan pun boleh melakukan zina sebenarnya. contohnya berzina dengan tangan, berzina dengan mata. akan tetapi berzina dengan tangan dan mata dosanya tidak sama dengan persetubuhan. berzina dengan tangan sebenarnya perbuatan onani iaitu memuaskan diri sendiri dengan menggunakan jari . zina dengan menggunakan mata pula seperti menonton video lucah. itu dikira berzina dengan mata. kita perlu mengelakkan perbuatan yang sedemikian, kerana faktor tersebut boleh mendorong seseorang itu melakukan perbuatan zina.

Dari segi rasionalnya mengapa zina itu diharamkan? kerana islam ini sangat mementingkan keturunan seseorang itu. prinsip asas dalam syariah ada lima iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal,menjaga keturunan dan menjaga harta.. jika seseorang itu berzina dia telah mencemarkan maruah dan martabat seorang islam, jika benih nya baik akan lahirnya seorang yang baik. jika ramai yang melakukan zina ini maka akan lahirlah anak-anak di luar nikah atau di luar perkahwinan tersebut.

0 comments: